Hari ini, hari yang paling gembira
dan berdebar sangat, sebab fea akan belajar menembak, yeahhs..
Seawal jam 8.00 pagi seramai 4
pegawai, 60 anggota dan 14 pelatih sukarelawan Polis Diraja Malaysia atau
dikenali sebagai SPDRM, berkumpul di perkarangan trafik untuk
sesi pendaftaran bagi sesi latihan menembak pada hari ini, yang 14 org pelatih
ini termasuklah fea sekali, sebab fea perlu menjalani latihan selama 6 bulan,
tamat latihan dan dapat sijil baru fea layak bergelar anggota.
Selesai sesi mengambil nama
pendaftaran, masa untuk bergerak dengan menaiki 2 trak polis, diasingkan lelaki
dan wanita, memang bestla sebab boleh naik trak polis, tapi xbestla kuat sangat
terhuyung haying.. tapi memandangkan naik ramai, memang bestla..hehe pengalaman
tu, ingat senang ka.. Okey hampir dekat sejam lebih kami sampai di pekan
pendang, bersarapan dahulu, lepas terus ke Lapang Sasar Bukit Jambul, Pendang.
Setelah sampai, kami mengemas
barang-barang, dan melapor diri untuk latihan menembak sebentar tadi, kami
dibahagikan setiap kumpulan mengandungi 10 orang peserta, tunggu giliran untuk
menembak, memandangkan fea ni rabun jauh sikit, fea memakai kanta lekap
lutsinar, tidak kang tersasar jauh tembakkan fea.. Sebelum memulakan acara kami
semua diberi taklimat tentang penggunaan senjata serta keselamatan yang harus
dijaga serta diiringi doa semoga semuanya berjalan dengan lancar tanpa ada
sebarangan kemalangan, kerana latihan menembak menggunakan peluru hidup (peluru
hidup bermaksud peluru betul yang boleh membunuh).
Selesai sudah bacaan doa, kami pon
mengambil tempat masing2 dan menunggu giliran untuk sesi latihan.
Gembira,teruja takut semua ada.. Memang first time pegang senjata, mau xteruja,
tapi takut memang ada, silap tembak kang terpantul kena kita balik.. Gerun!!
Hari ini kami belajar menembak menggunakan Revolver 38 (pistol kecil)
dan M16 (senapang panjang), revolver tembak semasa berdiri, kalau M16
kena menirap, ataupon boleh menembak dalam keadaan separuh duduk..
Fea paling takut semasa menembak
menggunakan revolver 38, xtaula kenapa.. Bagi fea, fea lebih suka menggunakan
M16.. Tapi M16, tembak melantun kuat dan menyebabkan bahu sedikit lebam kalau
cara xkena.. Sebelum belajar menembak, kami wajib belajar cara kendalian
senjata atau lebih dikenali Musketri – belajar mengendalikan senjata,
mengenal setiap fungsi komponen senjata, cara memasang senjata, mencuci senjata
dan sewaktu dengannyala.. Faham fungsi sebenar bagi mengelakkan berlaku
sebarang kecelakaan semasa latihan menembak. Bila selesai Musketri baru boleh
belajar menembak. Okeyla setakat ini saja, nanti fea sambung lain okey J
![]() |
Sesi Taklimat Dari Pegawai yang bertugas (yang lain baju putih ni semua pelatih termasuk fea 4 dari kanan) |
![]() |
terselah kechubyan disitu T_T |
![]() |
Doa dibaca untuk keselamatan semua peserta |
![]() |
Fea dengar ada anggota bagi arahan (muka takut kut) |
![]() |
Memakai Penutup Telinga ( kalau xpakai kang jadi pekak badak dengar bunyi tembakkan) |
![]() |
Sesi Latihan Menembak Menggunakan M16 |
No comments:
Post a Comment