Saturday, November 8, 2014

Diary MommyToBe : Perkembangan Janin 23 Minggu

Assalamualaikum semua rakan2 blog, hari ini fea nak update tentang perkembangan bayi (^_^)

23 weeks
Bayi
Saat ini janin akan melakukan rutin biasa iaitu aktif di waktu malam dan lebih rileks pada siang hari. Sistem dalaman bayi mula berfungsi dengan baik. Otak janin mula berkembang untuk menjadi matang dan ia dapat merasa semua pergerakan anda. Janin juga sudah boleh mengenggam tangan dan melakukan pelbagai refleksi. Walaupon janin mempunyai sedikit lemak saat ini, tetapi kulitnya masih nipis dan menyebabkan kulitnya kelihatan berkedut. Berat janin sekitar minggu ini dalam 430-450gm , panjang dalam 21 cm (kira-kira sebesar buah anggur). Berat badan bayi anda sekitar 500-600gm. Jika berlakunya kelahiran pra-matang dan minggu ini, bayi boleh hidup dengan penjagaan pakar perubatan.

Ibu
Pada minggu ini para ibu akan mengalami perubahan emosi ataupon lebih dikenali sebagai mood swings. Ia adalah normal dan akan berakhir bila ibu berada di akhir trimester ketiga ataupon selepas kelahiran. Ini kerana tahap hormon yang semakin meningkat kerana tubuh ibu bersedia untuk proses bersalin. Ibu juga akan mengalami gusi berdarah serta pusat yang semakin membonjol keluar. Pemeriksaan bulanan saat ini doktor akan menekan perut ibu untuk mengetahui posisi bayi dan doktor akan menggunakan pita pengukur untuk mengukur perut ibu untuk mengetahui saiz bayi anda untuk menentukan size bayi anda normal atau pon besar.

Tips
Sodium dalam diet anda. Walaupun natrium tidak perlu dihadkan semasa kehamilan, penggunaan yang berlebihan tidak digalakkan. Diet makanan terutamanya yang semulajadi boleh diambil dengan selamat "secukup rasa". Wanita hamil harus mengelak daripada mengambil makanan yang diproses atau makanan ringan yang tinggi sodium. Makan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi (hipertensi) dan boleh menyebabkan pertambahan berat badan yang berlebihan.

With Love Cik_Fea

Monday, November 3, 2014

Diary MommyToBe : Perkembangan Janin 22 Minggu

Assalamualaikum semua rakan2 blog, hari ini fea nak update tentang perkembangan bayi (^_^)

22 weeks
Bayi
Disaat kandungan memasuki 22 minggu, selera janin sudah mula terbentuk dilidah, otak dan saraf mula berhubung sehingga janin dapat merasakan sentuhan. Janin dapat meneroka dan perkara baru dengan sentuhan yang kita lakukan sewaktu kita mengusap dan memegang perut. Hubby suka sangat pegang perut sambil cakap, baby gerak cikit,lepas tu letak kepala dekat perut fea. Janin juga ketika ini boleh menyentuh wajahnya, menghisap ibu jari serta bergerak. Kita dapat merasa pergerakan baby saat ini. Memang fea kerap sangat rasa baby bergerak, kadang-kadang sampai nak terkencing dibuatnya. Berat janin sekitar minggu ini dalam 430-450gm , panjang dalam 20 cm (kira-kira size betik).

Ibu
Saat ini janin akan terus membesar, dan begitu juga ibu berat akan semakin meningkat. Perut akan menjadi lebih menonjol. Sekitar 20 minggu keatas berat normal naik 2kg setiap bulan, tapi fea naik 2.8kg kot, tapi ia normal sebenarnya kerana janin yang semakin membesar. Seandianya saat ini ibu tidak merasai lagi pergerakan janin, jangan risau sebab pergerakan janin tidak sama bagi setiap orang. Saat ini perut semakin membesar, dan ruang semakin berkembang menyebabkan para ibu akan mengalami pedih hulu hati, ketidakhadaman dan senak terutama pada waktu malam. Saat ini kaki akan membengkak membuatkan kita rasa tidak selesa memakai kasut. Seeloknya pilihla kasut khas buat ibu-ibu mengandung. Sakit belakang adalah disebakan kandungan yang sedang membesar menyebabkan otot abdomen meregang dan berlaku perubahan pada postur badan. Bagi mengurangkan rasa sakit belakang, ibu digalakan melakukan regangan, ketika tidur digalakan mengiring dan meletakkan bantal dicelah paha.


Tips
Amalkan pemakan sihat saat ini supaya baby membesar dengan sihat. Amalkan mmemakan 6 hidangan yang mengandungi roti, bijirin, nasi ataupon pasta Untuk sayur dan buah-buahan ambil sebanyak 3 atau 5 hidangan amatlah digalakan. Untuk mendapat kalsium, ibu patut mengambil 2 hidangan susu, yogurt atau pon keju. Untuk protein, ambil 2 atau 3 hidangan daging, ikan, kekacang dan telur. Akhir sekali minum air yang banyak, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau lebih.

With Love Cik_Fea
Newer Posts Older Posts Home