Friday, October 31, 2014

Diary MommyToBe : Pengalaman Scan 3D/4D

Assalamualaikum semua rakan2 blog :)

Hari ini, hari yang paling gembira dan berdebar sangat, sebab fea n hubby first time nak tengok baby hari ini.. Memang xdapat nak digambarkan dengan perasaanla mcm mana fea rasa, takut pon ada, takutla kalau baby ada masalah.. Selesai solat maghrib fea pon bertolak ke PMC (Putra Medical Center) di jalan putra, kira kak ipar fea pon turut scan sama pada hari ini, buat pendaftaran dekat kaunter, appoiment dengan Dr. Kumar.. Fea kena no.8, memang ramaila.. So kena tunggu la jawabnya.. Tunggu sampai pukul 10 baru kena turn fea, memang letih menunggu tu hilang sebab xsabar nak tengok baby dalam kandungan fea ni..

Fea disapa mesra oleh nurse dan Dr. Kumar, ramah dan baik sangat.. Love it  so much!!!.. Setelah ambik tekanan darah dan rekod kesihatan fea semasa mengandung, baru pergi untuk scan.. Hubby duduk sebelah Dr. Kumar, bila tengok wajah baby memang fea teruja sangat, nak nangis.. My little baby.. Tiba-tiba Dr cakap, ada masalah.. Fea memang dah terkejut dengan hubby pon.. Riak muka masing-masing berubah.. YA Allah, kenapa plak Dr.. Pastu selamber ja, kejap yer mesin ni bermasalah plak, biasala kerja dari pagi tadi xhenti… Dr Kumar ni kan… (T_T) terkejut fea dengan hubby, ingat baby ada masalah.. Alhamdulillah, baby sihat dan cukup sifat.. Geram tengok masa Dr. Kumar scan, baby gerak-gerak kaki dengan tangan tanpa henti.. Xsuka ler tu, hehe kena tekan2 masa scan.. Aktif sangat walaupon baru 21week 6 day.. Baby still xda lemak, berat 426gram saja, kepala besar baru 5cm, jantung baby okey.. Siap boleh dengar dengupan jantung, kuat sangat.. Lepas tu Dr. Kumar cek air ketuban okey, uri pon okey, baby sihat, Alhamdulilah syukur sangat.. Baby kecil lagi, lemak xda, so baby boleh Nampak tulang sedikit, Dr. Kumar cakap baby kecil lagi, so lemak xda lagi.. lagi pon baru 21 week bersamaan 5 bln ++ .. Bila scan bawah, yup.. pandai maktok teka.. Nampak bebird.. Geng papa dengan tokwan.. It’s a baby boy.

Selesai scan, fea rasa bersyukur sangat, baby sihat dan dalam keadaan baik, selesai Dr. Kumar print gambar hitam, ada gambar dan detail baby, berat, panjang.. Alah, ingatkan nak bagi warna, sebab tak boleh ambik gambar semasa scan.. Lepas tu Dr. Kumar cakap, nanti baru dia print gambar yang berwarna tu.. Lega, memang xsama macam dalam screen la.. Xkisahla janji fea ada gambar nak simpan.

Kak ipar fea tunggu, tanya baby apa, hehe samala.. geng papa dengan tokwan.. Kak ipar fea scan pon baby boy juga.. Tapi masa scan semalam baby girl.. hehe sabar jelah, mungkin masa scan tu baby kepit kot.. Lagi pon baby kak ipar fea duduk menonggeng, tu susah sikit nak tengok, xpa lepas ni kita mai scan lagi lah yer :)


Sekarang nak pergi bayar bil, masa nak bayar nurse tadi datang hantar sample susu dengan gambar berwarna baby dekat fea, bayar kena RM72 tu pon sebab dapat discount.. Hehe . Sekarang nak balik bagitau dekat maktok dengan tokwan berita gembira ni... Ok, Bye.


Black n white n detail of mylittle baby
My little baby, it's a boy :) nampak x?
free sample masa scan, haha tapi memang minum susu ni pon

With Love Cik_Fea

Saturday, October 25, 2014

Diary MommyToBe : Perkembangan Janin 21 Minggu

Assalamualaikum semua rakan2 blog, hari ini fea nak update tentang perkembangan bayi (^_^)

21 weeks
Bayi
Memasuki minggu ke 21, sistem pencernaan janin sudah berkembang, ia akan mula menelan air ketuban dan menyerap sedikit gula, bagaimanapun, kebanyakkan nutrien janin masaih lagi dihantar dari plasenta. Di dalam rahim, masih terdapat ruang untuk janin bergerak aktif seperti menendang, dan berpusing dan ia lebih kerap dalam masa satu hari, sekiranya ibu tidak merasa janin bergerak, janin mungkin sedang tidur. Bulu mata dan alis juga sudah terbentuk sekarang. Saat ini panjang janin sekitar 19cm (kira-kira saiz pisang) dan mempunyai berat kira-kira 350-425g.

Ibu
Apabila kehamilan memasuki 21 minggu, kebanyakan para ibu berada di zon yang paling selesa berbanding awal dan akhir kehamilan. Disaat ini juga para ibu akan mengalami pertambahan berat sebanyak 4kg – 5kg. Perubahan yang lain termasuklah payudara yang semakin membesar, rambut yang semakin lebat dan kulit yang semakin cantik dan berseri. Senaman dapat membantu para ibu untuk kekal cergas dan boleh mencegah beberapa gejala seperti vena varikos (urat bersimpul),berat badan berlebihan dan sakit belakang pada tahap minimum.

Tips
  1. Memakai kasut yang bertumit rendah.
  2. Tidur atau rehat dalam posisi kaki lebih tinggi.
  3. Boleh mula menyapu krim stretch mark ataupon minyak zaitun untuk melembabkan kulit dan mengelakkan perut meregang.


With Love Cik_Fea


Newer Posts Older Posts Home