Monday, June 2, 2014

Kejayaan itu milik kita

Assalamualaikum dan selamat pagi semua rakan2 blog :)

Kalau kita nak berjaya, kita mesti mempunyai 3 element penting untuk mencapai kejayaan yang kita inginkan.

#TEKAD
#USAHA
#SEMANGAT

TEKAD dalam mencapai impian yang kita mahukan, dengan BERUSAHA sepenuh hati kita dan yang paling penting sekali SEMANGAT kita yang mampu menghadapi semua rintangan yang datang.  Biar apa pon orang berkata, kita teruskan mengorak langkah kita tanpa perlu memandang kebelakang.. Bagi fea, satu masalah yang sering kita hadapi termasuk fea sekali iaitu sikap suka menangguh.. sikap yang xmampu kita ubah, tapi sampai bila? Hari ni brlalu pergi xmungkin berpatah kembali, adakah kita masih enunggu esok, atau esok lagi, atau esok lagi tanpa memulakan setapak langkah.. bayangkan kalau sehari kita mula melangkah setapak demi setapak, dimanakah kita sekarang, bayangkanlah. Dulu fea pon macam ni juga, suka mengatakan esoklah, bila tiba keesokkan, fea berkata lagi, esoklah.. hari ni malas, xda mood ..
Tapi Alhamdulillah, fea mula melangkah setapak demi setapak demi mencapai cita-cita fea, fea sudah tidak mahu ketinggalan dibelakang, kemudian cemburu melihat kejayaan orang lain, mengutuk kejayaan orang disebabkan sikap kita sendiri yang tidak mahu berjaya, betul x? Itulah sikap manusia, nak berjaya, tapi xnak berusaha.. Walaupon jauh lagi kejayaan yang fea perlu melangkah, fea xkan berhenti, In Shaa Allah dengan izinNya.
In Shaa Allah, fea akan kongsi setiap apa yang fea lakukan, ikut pepatah dahulu berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian, berusaha dan tawakal In Shaa Allah, pasti kejayaan itu milik kita, Amin. 


With Love Cik_Fea

Newer Posts Older Posts Home