Assalamualaikum
semua (^_^)
Memandangkan hari tu, fea buat sendiri UPT, result
positif, so fea nak pergi double confirm dekat klinik kesihatan kota setar
(simpang kuala), bila pergi sana, orang xla ramai mana, tapi kena tunggu sampai
sejam baru kena turn fea, mau xmau kena buat jugala, kalau ikutkan hati, nak
tido jerk at situ.. hihi .. bila tiba turn fea, nasib Dr. perempuan, selesa
untuk komunikasi sikit.. Fea bagitau nak mai buat UPT sebab period fea dah
delay 7 day, so fea kena pergi kencing,fea pergi dekat kaunter nurse minta bekas,
untuk buat UPT, nurse sempat tanya, anak sulung yer dik, xpa kak doa bagi
lekatla.. hehe tq kak nurse. Lepas tu, pergi toilet ang then hantar sample air
kencing dekat makmal sebelah belakang, lepas tu dalam 5 – 10 minit tunggu
result, bila tengok result, yessss Alhamdulilah, positif.. So bawa plak
keputusan tadi, pergi bilik Dr. plak untuk bagi tahu keputusan..
Doktor ucapkan tahniah dekat fea, sekarang fea kena pergi
belakang untuk buka buku merah, memandang sekarang pon sudah pukul 12, bila
pergi dekat bahagian ibu dan anak, perhh memang ramaila, waktu rehat pulak
pukul 1, so fea pergi Tanya nurse, dia selidik so fea kena pergi bahagian ibu
dan anak dekat klinik kesihatan derga dekat rumah fea, taman nuri. So, fea
balik rumah dulu, dalam pukul 2 baru pergi sana pulak. Apa lagi, balik
makanla, ehh silap, bulan puasa..
hehe balik tido ler..
Tepat pukul 2, fea bergerak pergi ke klinik kesihatan
derga, jarak dalam 2 minit dari rumah fea, dekat kan.. bila masuk, kawasan
luas, bersih plak tu, bahagian ibu dan anak pon besar, semua disitu, makmal
darah,toilet, makmal urine, ambil darah, timbang berat, ukur tinggi.. Senang,
kalau dekat klinik kesihatan kota setar, susah sikit, kena banyak berjalan,
sebab bilik ratawan bangunan lain, makmal bahagian lain, bahagian ibu dan anak
bangunan lain, so mmg kena banyak berjalan..
Bila sampai, daftar dulu, memandangkan fea tak pernah
datang, so memang kena tunggu around 30 minit juga, baru panggil. Bila panggil
fea pergi bahagian ibu dan anak, nurse yang layan fea pon tengah preggy juga,
dia keluar dua buku, satu merah (untuk fea), satu pink, untuk klinik.. So first
fea kena timbang berat, ukur tinggi. Lepas tu dia Tanya datang dengan husband
x, fea cuma angguk kepala ja, dia tulis detail dekat buku, dan buka surat untuk
ambil sampel darah untuk suami dan isteri, sebab memandagkan kami dah kawen
lebih enam bulan, baru fea preggy. Kalau kawen terus preggy, mmg xpayah ambil
sample darah, memandangkan mereka boleh refer balik result darah kita masa
kahwin dulu. Untuk lelaki, saringan HIV, yang ibu plak, sama juga, tapi lebih
detail la, dah lupa nurse tu cakap semalam -_-‘
Bila siap, fea kena bagi lagi sample air kencing dekat
bilik (M), lepas tu masuk bilik (B) untuk ambil darah, fea benda lain xpa lagi,
ni darah yang xtahan.. Takut jarum, memang ngeri tengok jarum, adoii… Xdan
ambil darah, rasa nak terkencingla, sakit perutla, tangan pon jadi sejuk
mengalahkan duduk dalam freezer. Bila sampai turn fea dengan husband, dekat 4x
nurse cari saluran vena, hehe vena xnak timbul pulak, lepas tu, dia nak ambil
dekat tangan, memang sakitla dekat sini, bila cucuk, nurse tu dok korek-korek,
pusing sana sini, darah xkeluar juga, memang sakit la.. fea kata, xbolehla,
sakit.. so dia suruh fea take 5, suruh chillout dulu.. husband fea duduk terus
ambil siap, cepatnya.. LLL
Bila tengok husband siap, fea pon toleh kiri, tutup mata,
buat habis rileksla, siap boleh ambil dah darah. Lega aikh..
Sekarang tunggu turn nak periksa plak. Tinggal fea last,
mai awal balik last sekali, hehe. Jumpa kena cek perut. Alhamdulillah kandungan
fea sudah pon mencecah 5 minggu. So nurse bagi tahu benda yang tidak boleh
makan, dalam masa ni, memang kena jaga kandungan, makan kena jaga, dan ikut
plan pemakan ibu mengandung, lepas ni, 14 Julai 2014 ni kena datang lagi, untuk
minum air gula sebab arwah ibu fea ada kencing manis, ambil darah 2x, periksa
gigi and jumpa Dr. Lepas tu 31 Julai 2014, nurse buat lawatan kerumah. Remaks
dalam reminders. Done for today..
Sebelum balik, nurse beri vitamin tambahan untuk
kandungan, basic vitamin for pregnancy (B-compleks, folic acid 5mg, iron
tablets, ascorbic acid @ vit c 50mg).
With Love
Cik_Fea